Aku tak pandai mengarang puisi,
Tidakku pandai bermadah berseni..
Saya tidaklah pandai untuk bermain dengan bahasa atau lebih jelas lagi saya bukanlah jenis giler-giler bahasa. Dalam dunia ni ada banyak bahasa yang wujud dan ada juga bahasa yang telah pupus. Di Malaysia ni pun kita boleh lihat pelbagai bahasa digunakan. Bahasa cerminan bangsa, bahasa cerminan budaya. Namun sejauh mana kita cuba mencerminkan bangsa Malaysia. 1 Malaysia, satu bahasa. Bukan salah untuk menggunakan bahasa yang sesuai dengan jiwa namun janganlah sampai mencemarkan bahasa sehingga menghilangkan identiti bangsa MALAYSIA.
No comments:
Post a Comment