"Cantik dalam cantik dengar sini kalau cantik senyum, cantik mesti cantik lagi"
Saya suka melihat petugas yang bertugas menjaga kaunter. Terdapat pelbagai ragam dan mimik muka yang dapat dilihat di muka mereka. Saya pernah pergi ke sebuah kedai. Melihat juru jual yang menjaga kaunter saya memuji kecantikan yang ada padanya tapi saya merasa sedikit kekurangan. Juru jual ini tidak mengukirkan senyuman. Mukanya masam sahaja seperti kata orang muka cuka. Apalah salahnya memberi senyuman kepada pelanggan yang datang. Senyum itukan sedekah. Mungkin mahal baginya untuk memberikan senyuman. Apabila saya ingin membayar barang-barang yang dibeli dan melepmparkan senyuman kepadanya, mukanya tetap begitu. Tiada sepalit pun senyuman di bibirnya.
No comments:
Post a Comment