Tuesday, February 22, 2011
PERTUNANGAN DULU DAN KINI
Semasa cuti Tahun Baru Cina pada penghujung januari saya berkesempatan pergi ke satu majlis pertunangan sepupu saya. Majlisnya sungguh meriah namun saya dapat melihat perubahan adat pertunangan sekarang dan juga dahulu. Jika dahulu malis pertunangan dimulakan dengan sesi berbalas pantun oleh wakil kedua-dua belah pihak namun kini acara itu diabaikan. Pada waktu dahulu pihak lelaki akan berkias-kias untuk menyunting si anak dara. Namun pada waktu ini wakil akan secara terus berkata mahu meminang si anak dara. Semakin lama adat peminangan semakin dilupakan. Terdapat juga pasangan yang mengikut cara barat melamar sendiri pasangannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment