"Sihat cikgu"
Kata-kata seperti ini sering kali kita dengar melalui perbualan-perbulan biasa. Kalau diteliti kata-kata ini menyampaikan banyak maksud seperti contoh "makan mak". Kata-kata ini menunjukkan seoarang anak ingin memakan ibunya dan juga menyampaikan maksud mengajak ibunya untuk makan bersama. Namun hanya orang yang lurus bendul sahaja akan berfikir anak itu ingin memakan ibunya. Tetapi bagi contoh yang kedua iaitu "sihat cikgu" boleh mendatangkan kekeliruan. Hal ini kerana perkataan itu membawa maksud untuk bertanyakan kesihatan gurunya atau pun menyatakan kesihatan dirinya sendiri.
Sistem pesanan ringkas(SMS) juga sering mendatangkan masalah dalam berkomunikasi. Sistem ejaan yang digunakan seperti menulis nota yang hanya difahami oleh diri sendiri. Seperti contoh "Chat?". Perkataan ini boleh memberi fahaman yang berbeza kepada penerima SMS tersebut. Sama ada ingin bertanya kesihatan penerima SMS tersebut atau ingin mengajak orang itu bersembang.
Mungkin pada sesetengah situasi komunikasi sebegini memudahkan namun jika diselidiki memberi banyak keburukan. Komunikasi haruslah berlangsung secara dua hala. Orang yang berkomunikasi haruslah menjauhkan pemikiran bahawa orang yang diajak berbual faham apa yang kita sampaikan kepadanya. Jangan pandai membuat andaian "Dia faham apa yang aku cakap ni".
No comments:
Post a Comment